Mali layak ke pusingan kalah mati Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 meskipun gagal merekodkan sebarang kemenangan.
Ini kerana anak buah Tom Saintfiet itu merekodkan tiga keputusan seri dalam aksi Kumpulan A. Ini termasuk mengikat tuan rumah, Maghribi 1-1 pada 26 Disember lalu.
Comoros dan Zambia berpeluang memintas Mali untuk slot berkenaan. Malangnya, Zambia tewas 3-0 kepada Maghribi dalam aksi terakhir kumpulan.
Comoros pula terpaksa gigit jari apabila mereka diikat tanpa jaringan dengan Mali dalam satu lagi aksi Kumpulan A.
Keputusan ini menyaksikan Mali akan menunggu naib juara Kumpulan C sebagai lawan di peringkat pusingan 16.
Berita ini juga dilihat berita baik buat bekas penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa. Ini kerana beliau berpeluang menambah penampilan antarabangsa jika Mali berjaya mara lebih jauh.