Undian Awal Malaysia Open, Lee Zii Jia Jumpa Wakil India
UltraSukan
MSN Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal berjumpa wakil India, Ayush Shetty di pusingan pertama Malaysia Open 2026.

Ini berdasarkan undian awal kejohanan yang dikongsikan ShuttleHard bagi pemain yang akan beraksi pada 6 Januari ini.

Sekiranya berjaya melepasi Shetty, Zii Jia bakal berdepan tugas lebih berat. Ini kerana beliau akan bertemu dengan Shi Yu Qi pada pusingan kedua.

Jaguh China itu bakal membuka kempen Malaysia Open dengan menentang pemain ke-27 dunia dari Denmark, Rasmus Gemke.

Zii Jia berharap dapat menjadikan tahun 2026 sebagai tahun kebangkitan buat dirinya. Ini selepas beliau berdepan pelbagai masalah kecederaan pada tahun 2025.

Isu kecederaan menyebabkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu terlepas banyak kejohanan pada tahun ini termasuk Malaysia Open.

Walau bagaimanapun, semua ini boleh berubah selepas mesyuarat pengurus diadakan. Jadual perlawanan akan dikeluarkan sehari sebelum hari pertandingan.