Bintang J-League Menuju Ke Kelab Gergasi Liga Malaysia?
MakanBola
FC Tokyo

Bintang J-League dilaporkan menghampiri perpindahan ke Liga Malaysia.

Tonggak berbisa kelahiran Brazil, Marcos Guilherme difahamkan berpotensi untuk menjadi salah satu bintang terbaru yang bakal berkelana di Malaysia.

Nama bekas pemain Sao Paolo ini hangat dikaitkan selain memiliki reputasi besar selaku antara tonggak klinikal di Liga Jepun.

Marcos tiba di Jepun dengan menyertai V-Varen Nagasaki di J2 League pada tahun 2023 sebelum dipinjamkan ke FC Tokyo pada pertengahan 2025.

Beliau kini kembali menjadi tunjang utama Nagasaki dan melakukan 20 penampilan, tiga jaringan dan empat bantuan jaringan.

Beliau juga boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pemain sayap kanan dan kiri selain mampu beroperasi sebagai pemain tengah menyerang.

Antara kelebihan pemain kelahiran Itarare ini adalah sepakan bola mati yang menjadi aset terbaiknya ketika ini.

Berusia 30 tahun, Marcus Guilherme sudah pun beraksi pada saingan kompetitif di Eropah seperti bersama Dinamo Zagreb (2017), Khimki (2023) dan juga Tokyo (Jepun).

Menurut laman Transfermarkt, Marcus memiliki nilai pasaran sekitar 700,000 Euro (RM3.6 Juta) dan bakal menjadi antara pemain paling bernilai sekiranya menyertai Liga Malaysia.