Pihak pengurusan Selangor hanya memperuntukkan 800 tiket buat penyokong JDT bagi aksi minggu ke-14 saingan Liga Super 2025/26.
Ketika ini, Selangor menghuni tangga ketiga liga dengan 25 mata selepas 12 perlawanan dalam pusingan pertama Liga Super 2025/26.
Sementara itu, JDT kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 36 mata selepas 12 perlawanan tanpa tewas.
Menjelang pertembungan panas minggu ini, Selangor memaklumkan bahawa hanya 800 keping tiket diperuntukkan buat penyokong Harimau Selatan bagi perlawanan pada Ahad ini.
Tambahan, tiada penjualan tiket secara dalam talian mahupun fizikal kerana kesemua tiket telah diperuntukkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan Johor Darul Ta’zim dan penyokong JDT tidak dibenarkan membeli tiket di tempat tuan rumah.
“Kesemua 800 tiket tandang telah diperuntukkan kepada pengurusan Johor Darul Ta’zim. Tidak akan ada penjualan tiket fizikal atau dalam talian untuk peminat jauh.”
“Peminat di tempat lawan diingatkan bahawa kemasukan ke gelanggang tuan rumah tidak dibenarkan,” kata Selangor dalam satu hantaran di laman media sosial.
Selangor bakal menerima kunjungan pasukan JDT dalam aksi minggu ke-14 saingan Liga Super 2025/26 pada Ahad ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.