Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah mendapat taraf cemerlang daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pencapaian ini dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka.
FIFA membuat penarafan tersebut di bawah Program Kualiti Permukaan Bermain Semulajadi. Markah taraf padang dibuat berdasarkan penilaian dari segi kualiti, keselamatan dan prestasi.
Selepas padang SNBJ dinilai, padang tersebut mendapat markah 86% atau taraf cemerlang oleh FIFA.
“Padang rumput semula jadi Stadium Nasional Bukit Jalil kini telah meraih penarafan ‘Cemerlang’ (86%) di bawah Program Kualiti Permukaan Bermain Semulajadi FIFA, mengesahkan tahap kualiti, keselamatan dan prestasi bertaraf antarabangsa.
“Pengurusan dan penyelenggaraan padang terus dilaksanakan secara profesional bagi memastikan kesediaannya untuk kegunaan sukan dan acara bertaraf tinggi,” kata PSM dalam satu kenyataan.
Prestasi padang SNBJ sudah terbukti sepanjang tahun 2025. Ini kerana ia bukan saja menjadi tuan rumah perlawanan-perlawanan membabitkan Harimau Malaya.
Malah, SNBJ juga menjadi tuan rumah perlawanan berprofil tinggi seperti final Piala Malaysia 2024/25 dan final Piala FA 2025.