Potensi 3 Pemain Ikut Kim Pan-gon Ke Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Terdapat potensi tiga pemain handalan Asia bakal mengikuti jejak langkah Kim Pan-gon ke Malaysia.

Jurulatih berusia 56 tahun itu kembali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Super Malaysia dengan khabar angin mengaitkannya ke Selangor FC.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu meninggalkan Malaysia pada Julai 2024 untuk menyertai kelab gergasi K-League, Ulsan HD.

Jodoh beliau dengan kelab tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama sebelum posisinya digantikan oleh rakan senegara, Shin Tae-yong.

Kehadiran Pan-gon ke Malaysia berpotensi untuk melihat tiga pemain bakal mengikutnya ke kelah dan menjadi asas hebat buat pasukan.

Antara tonggak yang dijangka disambar oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan ini ialah bintang sayap Ulsan HD, Lee Chung-yong.

Tonggak berusia 37 tahun itu kekal menjadi watak utama pasukan selepas beraksi dalam 24 perlawanan selain merekodkan enam penglibatan jaringan.

Pemain kedua yang berpotensi ke Malaysia ialah tonggak import Ulsan HD, Gustav Ludwigson.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Sweden ini menjadi tunjang utama Pan-gon ketika di Ulsan HD selain merupakan pemain sayao yang cukup klinikal di Korea Selatan.

Bekas pemain Hammarby di Sweden ini telah merekodkan 8 penglibatan jaringan yang membawa Ulsan HD ke tangga ketiga liga ketika ini.

Seorang lagi tonggak yang mampu mewarnai wajah baharu skuad Pan-gon ialah penyerang Brazil, Erick Farias.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah pun merekodkan 10 jaringan dalam 28 penampilan liga setakat ini selaku penyerang utama pasukan.