Pemain tengah Mesir, Ramadan Sobhi dikenakan hukuman penjara selama setahun oleh mahkamah jenayah negara itu.
Sports Star melaporkan Sobhi didapati bersalah bukan saja atas kesalahan memalsukan dokuman rasmi.
Pemain tengah berusia 28 tahun itu turut didapati bersalah menggunakan seorang individu lain untuk menjawab kertas peperiksaan bagi pihaknya di Giza.
Selepas dakwaan itu timbul pada Julai lalu, Sobhi ditahan pihak berkuasa Mesir selepas kembali dari sesi pramusim di Turkiye bersama kelabnya, Pyramids.
Selain hukuman penjara, bekas bintang Stoke City itu juga dilarang bermain bola sepak selama empat tahun atas kesalahan doping.
Ini selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan Sobhi melanggar peraturan anti-doping menerusi penghakiman pada November lalu.
Selain beliau, seorang lagi tertuduh dikenakan hukuman kerja buruh selama setahun. Seorang lagi tertuduh yang kini menjadi buruan polis pula dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun in absetia.
Seorang lagi tertuduh kes berkenaan turut berdepan dakwaan sama tetapi dibebaskan atas arahan mahkamah.
Nama Sobhi cukup dikenali kerana pernah mewakili kelab gergasi Mesir, Al-Ahly. Beliau kemudiannya beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Stoke dan Huddersfield Town.
Sobhi kembali ke Mesir pada 2020 dan beraksi untuk Pyramids. Beliau turut merekodkan 37 penampilan bersama Mesir di peringkat antarabangsa.