ACL2: BG Pathum Kalah Tipis Kepada Pohang Steelers
MakanBola
BG PATHUM UNITED

BG Pathum tumpas kepada Pohang Steelers dalam aksi pembukaan ACL 2 kedua-dua pasukan dengan keputusan 0-1 di Stadium BG pada Khamis.

Skuad tuan rumah, BG Pathum membariskan Slavisa Bogdanovic di benteng terakhir dan Milos Drincic sebagai pertahanan manakala Matheus Fornazari mengemudi jentera serangan.

Sementara itu, Pohang Steelers menurunkan Yoon Pyung di posisi penjaga gol dan Hyeon-Je sebagai ayam tambatan skuad tersebut.

Pohang dilihat melakukan beberapa percubaan berbahaya di awal minit perlawanan bagi mencari gol pembukaan.

BG Pathum yang mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri dilihat mampu mengawal tekanan yang diberikan oleh pasukan pelawat.

Pemain Pohang Steelers, Jonathan Aspropotamitis dilayangkan kad kuning pada minit ke 21′ berikutan aksi kurang baik yang dilakukan oleh beliau.

Pohang Steelers berjaya membuka akaun jaringan perlawanan menerusi pemain pertahanan kiri skuad tersebut, Dong-Hyeop pada minit ke 41′.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Pohang Steelers.

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, BG Pathum dilihat meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pembukaan skuad tersebut.

Pohang Steelers yang tampak menguasai permulaan aksi di separuh masa kedua dilihat melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah gawang skuad BG Pathum.

Memasuki minit ke 70′ perlawanan kedudukan masih didahului oleh pasukan pelawat, Pohang Steelers dengan satu gol.

Pohang Steelers telah melakukan dua pertukaran pada minit ke 75′ dengan memasukkan Seo-Ung dan Jae-hun manakala mengeluarkan Jong-woo dan Chang-Woo.

Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Pohang Steelers di Stadium BG pada Khamis.