Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan 3 lagi kelab gergasi Asia dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Saingan ACLE ketika ini menyaksikan JDT di bawah kendalian Xisco Munoz berada di kedudukan ke-6 selepas tumbang di tangan Melbourne City 2-0 dalam perlawanan ke-5 semalam.
Keputusan itu menyaksikan JDT kini mengumpul 7 mata hasil dua kemenangan, sekali seri dan dua kekalahan dalam 5 aksi awal di pentas ACLE, tatkala cuma 3 lagi perlawanan berbaki.
3 baki perlawanan akan menemukan JDT dan juga dua kelab dari Jepun iaitu Sanfrecce Hiroshima dan Vissel Kobe selain Shanghai Port dari China sebelum saingan liga menutup tirai.
Selepas ini, JDT bakal kembali ke gelanggang keramat untuk melayani kunjungan pasukan dari China, Shanghai Port pada 9 Disember nanti di Stadium Sultan Ibrahim jam 8.15 malam.
Dua lagi baki perlawanan peringkat liga ACLE bakal diadakan pada 10 Februari 2025 dengan JDT akan bertemu Sanfrecce Hiroshima di Jepun sebelum menanti kunjungan Vissel Kobe seminggu kemudian.
Selepas peringkat liga ACLE ini berakhir, hanya 8 kelab yang terbaik akan mara ke pusingan kalah mati, dengan JDT turut memiliki rekod layak ke tahap tersebut musim lalu sebelum tewas kepada Buriram United.