ACLE: JDT Tumbang Di Tangan Melbourne City
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Melbourne City berjaya membenam cabaran JDT dengan keputusan 2-0 dalam aksi ke-5 Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026 di Stadium Melbourne Rectangular, Australia pada Selasa.

Melbourne City menurunkan Patrick Beach di bahagian penjaga gol dan Andreas Kuen sebagai arkitek di bahagian tengah manakala Max Caputo mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, JDT membariskan Andoni Zubiaurre di benteng terakhir dan gandingan Bergson & Jairo da Silva sebagai ayam tambatan pasukan tersebut.

Melbourne City tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 3′ menerusi Max Caputo hasil bantuan oleh Takashi Kanamori.

JDT tersentak dengan jaringan tersebut dilihat terus melancarkan beberapa serangan berbahaya menerusi pemain berprolifik pasukan tersebut, Bergson da Silva namun tidak menemui sasaran.

Memasuki minit ke 40′ kedudukan masih didahului oleh pasukan tuan rumah, Melbourne City dengan satu jaringan.

JDT mempunyai peluang berharga untuk meledak jaringan pada minit ke 37′ menerusi Bergson da Silva di hadapan gawang namun ketangkasan penjaga gol Melbourne City, Patrick Beach harus diberi pujian.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Melbourne City.

Bersambung babak kedua, JDT terus meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol penyamaan selepas ketinggalan satu gol awal pada separuh masa pertama.

Melbourne City yang mempunyai tonik tambahan menerusi ribuan penyokong sendiri di halaman sendiri tampak berjaya mematahkan segala bentuk serangan berbahaya pasukan Harimau Selatan.

Memasuki minit ke 75′ Melbourne City masih berjaya mengekalkan kelebihan satu jaringan walaupun pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memberikan tekanan selama beberapa minit.

Jairo da Silva gagal memanfaatkan peluang keemasan pada minit ke 80′ selepas menerima hantaran cantik di hadapan gawang Melbourne City.

Medin Memeti berjaya menambah gol kedua Melbourne City pada masa kecederaan separuh masa kedua sekaligus meraih 3 mata penuh aksi.

Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Melbourne City.

JDT bakal meneruskan aksi dalam Liga Juara-Juara Asia musim ini dengan menentang Shanghai Port pada 9 Disember depan di Stadium Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Melbourne City dijadualkan bertemu FC Seoul di halaman lawan pada 10 Disember ini bagi aksi ke-6 saingan Liga Juara-Juara Asia 2025-2026.