ACLE: JDT ‘Tunggu’ 4 Jaguh Asia Di SSI
MakanBola
Dhom Seirafas/MakanBola

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melayani kunjungan 4 jaguh hebat Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).

Pada musim 2025-2026 ini, JDT sekali lagi muncul sebagai wakil tunggal Malaysia dalam saingan ACLE setelah berjaya menjuarai Liga Super dan bakal membawa cabaran negara.

Beberapa pasukan jaguh di rantau Asia akan menjadi lawan JDT apabila sesi undian menyaksikan JDT bakal menentang 3 kelab dari Jepun, Vissel Kobe, Machida Zelvia & Sanfrrece Hiroshima.

Berdasarkan format terkini ACLE, pasukan Harimau Selatan bakal menanti kehadiran 4 pasukan iaitu Shanghai Port dan Shanghai Shenhua (China) selain FC Machida Zelvia serta Vissel Kobe (Jepun).

Shanghai Shenhua sudah pastinya tidak asing lagi dengan Stadium Sultan Ibrahim apabila kelab China ini mengalami kekalahan 3-0 di tangan JDT dalam saingan ACLE musim lalu.

Baki 4 lagi perlawanan bertemu Buriram United, Melbourne Victory, Sanfrecce Hiroshima dan Chengdu Roncheng pula menyaksikan JDT bakal turun bermain di gelanggang lawan.

Saingan peringkat liga ACLE dijadualkan berlangsung pada September hadapan dengan 8 pasukan terbaik bakal layak ke pusingan 16 terbaik sekitar Mac 2026 nanti.