Melbourne City berjaya menundukkan pasukan Buriram United di saat akhir dengan keputusan 2-1 di Stadium Melbourne Rectangular pada Selasa dalam aksi ketiga Liga Juara-Juara Asia 2025-2026.
Pasukan tuan rumah, Melbourne City menurunkan Patrick Beach di bahagian penjaga gol dan Max Caputo mengetuai jentera serangan.
Sementara itu, Buriram United membariskan Neil Etheridge di benteng terakhir dan Supachai Chaided menjadi ayam tambatan manakala Kenny Dougall menggalas lilitan kapten pasukan.
Kedua-dua pasukan tampil garang bagi mengutip 3 mata penuh dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan masing-masing.
Melbourne City mendapat tonik tambahan apabila beraksi di hadapan ramai penyokong sendiri di Stadium Melbourne Rectangular.
Memasuki Minit ke 30′ Buriram United dihadiahkan sepakan penalti namun selepas penilaian VAR (Video Assistant Referee) sepakan tersebut dibatalkan.
Melbourne City turut meledak gol pada minit terakhir perlawanan namun jaringan tersebut dibatalkan selepas penilaian VAR (Video Assistant Referee).
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan masih bernafsu mencari gol pembukaan aksi bagi memperoleh 3 mata penuh.
Wakil dari Thailand, Buriram United tampak meningkatkan intensiti perlawanan dengan melepaskan beberapa rembatan kencang meskipun beraksi di tempat lawan.
Goran Causic berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 72′ dengan ledakan cantik sekaligus memberikan kelegaan kepada kem pasukan julukan Thunder Castle.
Pemain gantian Melbourne City, Elbasan Rashani berjaya mengikat kedudukan perlawanan pada minit ke 84′ sekaligus mngikat kembali kedudukan.
Max Caputo berjaya meledak gol kemenangan buat pasukan Melbourne City pada masa kecederaan separuh masa kedua sekaligus meranapkan impian Buriram United untuk membawa pulang 1 mata ke Thailand.
Perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Melbourne City bagi aksi ke-3 Liga Juara-Juara Asia musim 2025-26 kedua-dua pasukan di Stadium Melbourne Rectangular pada Selasa.