Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mengutip mata pertama dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025-2026 selepas mengikat gergasi Jepun, Machida Zelvia.
Pada Selasa, JDT turun di Stadium Sultan Ibrahim membawa misi penting untuk memburu 3 mata pertama ketika menanti kunjungan juara J1 League, Machida Zelvia dalam aksi kedua ACLE.
Tentangan hebat diberikan JDT dengan cemerlang menyekat serangan Machida Zelvia selain persembahan memukau oleh penjaga gol tuan rumah, Syihan Hazmi sepanjang tempoh 90 minit aksi.
Pasukan Harimau Selatan ini turut memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol di hadapan ribuan penyokong sendiri namun tak membuahkan hasil dan keputusan berakhir tanpa jaringan.
Keputusan 0-0 ini meletakkan JDT kini di kedudukan ke-8 carta ACLE Zon Timur dengan mengutip satu mata tatkala Machida Zelvia hanya satu anak tangga di atas wakil negara ini.
Kedudukan carta ini berpotensi untuk berubah oleh kerana dua lagi perlawanan bakal berjalan pada Rabu antara Vissel Kobe vs Melbourne City dan Shanghai Shenhua vs Ulsan HD.