Seoul berjaya menundukkan skuad Buriram United dalam aksi kedua ACLE dengan keputusan 3-0 di Stadium Piala Dunia Seoul pada Selasa.
Skuad tuan rumah, Seoul menurunkan Choe Cheol Won di posisi penjaga gol dan Jesse Lingard mengemudi jentera serangan sambil memimpin pasukan.
Sementara itu, Buriram United membariskan Neil Etheridge di benteng terakhir dan Kenny Dougall menggalas lilitan kapten manakala Guilherme Bissoli sebagai ayam tambatan skuad tersebut.
Seoul dilihat menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah Buriram United namun gagal menembusi gawang pasukan dari Thailand tersebut.
Memasuki minit ke 30′ kedudukan masih terikat tanpa jaringan meskipun kedua-dua pasukan menyajikan aksi yang menarik.
Seoul berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 38′ oleh Choi Jun dengan ledakan mudah di hadapan gawang pasukan Buriram United hasil hantaran cantik Lucas Rodrigues.
Buriram United yang tersentak dengan jaringan tersebut dilihat melakukan percubaan ke kubu Seoul namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan kental kelab tersebut.
Kelab julukan Thunder Castle membuat pertukaran awal dengan mengeluarkan Sasalak Haiprakhon dan Goran Causic dan memasukkan Fejsal Mulic dan Shayne Pattynama bagi memantapkan lagi pasukan.
Seoul berjaya menambah jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Seung-won sekaligus menutup babak pertama dengan dua gol di hadapan.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, Seoul terus mengasak kubu pasukan Buriram United bagi mencari gol ke 3 aksi.
Seoul tampak meningkatkan intensiti permainan dan melakukan beberapa rembatan ke arah gawang Buriram seawal babak kedua bagi mengukuhkan kedudukan perlawanan namun ketangkasan penjaga gol Thunder Castle Neil Etheridge, harus diberi pujian.
Seoul melakukan pertukaran pada minit ke 66′ dengan memasukkan Jae Ryu dan mengeluarkan Lee Seung.
Lucas Rodrigues berjaya meledak gol ke 3 perlawanan hasil bantuan jaringan oleh pemain gantian Jae Ryu pada minit ke 74′ aksi.
Buriram terus melakukan pergantian pemain dengan memasukkan Ilhan Fandi & Juan Fernandez dan mengeluarkan Filip Stojkovic & Supachai Chaided berselang seminit selepas jaringan ke 3 Seoul.
Memasuki minit ke 85′ kedudukan masih didahului pasukan tuan rumah, Seoul dengan kedudukan 3-0.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Seoul.
Seoul bakal meneruskan aksi Liga 1 Korea dengan menentang Suwon dan Buriram United bakal bertemu BG Pathum dalam perlawanan Liga Thailand pada 5 Oktober.