ACLE: Ulsan HD Harap Gol Minit Akhir Kalahkan Chengdu Rongcheng
MakanBola
ULSAN HYUNDAI FC

Ulsan Hyundai berjaya tundukkan pasukan Chengdu Rongcheng dengan keputusan 2-1 bagi aksi pembukaan ACL Elite kedua-dua pasukan di Stadium Munsu Football pada Rabu.

Skuad Ulsan HD membariskan Hyeon-woo di posisi penjaga gol dan Myong-Gwan sebagai pertahanan manakala Amaral Alves mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, Chengdu Rongcheng menurunkan Jian Tao di benteng terakhir dan Felipe de Sousa sebagai ayam tambatan skuad tersebut.

Pasukan tuan rumah dilihat melancarkan beberapa serangan berbahaya di awal babak perlawanan bagi memperoleh gol pendahuluan namun ketangkasan penjaga gol Chengdu Rongcheng harus diberi pujian.

Chengdu Rongcheng yang merupakan pendahulu Liga China dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk menangani segala percubaan skuad tuan rumah.

Ulsan Hyundai tampak menguasai perlawanan di separuh masa pertama aksi namun masih gagal menembusi gawang skuad Chengdu Rongcheng.

Chengdu Rongcheng berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 44′ menerusi pemain tengah skuad tersebut, Pedro Delgado.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan Chengdu Rongcheng.

Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah, Ulsan Hyundai dilihat meningkatkan intensiti permainan bagi memperoleh gol pertama aksi.

Ulsan Hyundai dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 49′ namun selepas penilaian VAR (Video Assistant Referee) sepakan tersebut dibatalkan.

Skuad tuan rumah masih bernafsu untuk mencari gol pembukaan perlawanan walaupun skuad Chengdu Rongcheng sangat berdisiplin dalam segi bertahan.

Ulsan Hyundai berjaya menyamakan kedudukan perlawanan pada minit ke 76′ menerusi Won-sang sekaligus mencerahkan peluang skuad tersebut membawa pulang 1 mata berharga bagi aksi ini.

Memasuki minit ke 85′ kedudukan masih terikat dengan keputusan 1-1 bagi kedua-dua pasukan.

Ulsan Hyundai berjaya menambah jaringan perlawanan hasil Heo Yool pada masa kecederaan separuh masa kedua bagi mematikan langkah skuad pelawat, Chengdu Rongcheng.

Perlawanan tamat dengan keputusan terikat 2-1 di Stadium Munsu Football bagi aksi pembukaan ACL Elite kedua-dua pasukan musim ini.