Ada Kelab Liga Super Hubungi Anuar Ceesay
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Beberapa kelab Liga Super mula menghubungi penyerang sensasi UM -Damansara United, Anuar Ceesay yang bermain di Liga A1 selepas mempamerkan aksi yang memukau ketika menentang Harimau Selatan.

Nama Anuar Ceesay mula mendapat perhatian media dan meniti di bibir peminat bola sepak Malaysia selepas menampilkan aksi yang menarik ketika bertemu JDT.

Beliau yang meledak dua gol ketika menentang JDT dalam aksi kedua pusingan 16 Piala FA musim ini di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 Oktober lalu.

Anuar Ceesay turut mempunyai darah keturunan Malaysia meskipun lahir di England melalui nenek beliau.

Menurut Anuar Ceesay, beliau mempunyai beberapa tawaran namun mahu fokus bersama UM – Damansara United.

“Saya tidak boleh bercakap lebih berkenaan isu ini. Saya mendapat beberapa tawaran dari kelab Liga Super namun saya mahu fokus bersama UM -Damansara United kerana masih mempunyai kontrak.”

Tambah beliau, Liga Super adalah satu impian untuk bermain di sana selepas tiba di Malaysia.

“Sasaran saya ialah untuk bermain di Liga Super dalam masa satu atau 2 tahun lagi. Ketika ini, saya mahu fokus dalam memperbaiki diri sebelum tampil ke Liga Super,” kata Anuar Ceesay ketika sesi temubual bersama Astro Arena.

Anuar Ceesay dan UM-Damansara United bakal meneruskan aksi Liga A1 dengan menentang Bunga Raya pada 13 Oktober ini di halaman sendiri.