Adidas & Dion Cools Lancar Jersi Warisan Edisi Terhad
MakanBola
Adidas Malaysia

Dion Cools telah menjalinkan kerjasama bersama Adidas dengan rekaan jersi yang diilhamkan oleh warisan negeri kelahirannya, Sarawak.

Pada 22 Julai 2025, Adidas Malaysia telah melancarkan jersi warisan tersebut bersama pemain bola sepak Kebangsaan, bagi meraikan budaya dan perjalanan karier di luar negara bersama-sama beberapa di Eropah dan Asia.

Jersi ini banyak diilhamkan dari negeri Sarawak iaitu negeri kelahiran Dion Cools. Ia menggabungkan unsur budaya dan harmoni bagi melambangkan kebanggan negara.

Jersi edisi terhad ini menzahirkan naratif tersebut, diilhamkan daripada aksi cemerlang Dion serta komitmen teguhnya untuk mewakili Malaysia di pentas tertinggi seperti Piala Asia.

“Bola sepak memberi peluang luar biasa untuk saya mewakili dan menaikkan asal usul dan perjuangan saya. Kerjasama bersama Adidas untuk jersi ini membolehkan saya menceritakan kisah tersebut dengan cara yang terbaharu.”

“Adidas sentiasa sinonim dengan semangat untuk melangkaui batasan. Melalui kolabrasi ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menerima identiti mereka dan berusaha keras untuk mengejar kecemerlangan.”- kata Dion Cools.

Dion Cools yang merupakan salah satu pemain utama Adidas Malaysia sejak tahun 2024 dan wajah utama francais F50. Dion terus mencerminkan gabungan antara prestasi elit dan keaslian diri.

Dia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak tetapi dibesarkan di Belgium tetap memilih negara Malaysia bagi skuad Kebangsaan walaupun telah bermain bersama dengan banyak kelab di Eropah mahupun Asia.Jersi rekaan ini turut mencerminkan dualiti antara asal usul Dion dan perjalanan kariernya.

“Di Adidas, kami percaya kepada kekuatan sukan untuk menyatukan budaya, memperkasakan penceritaan dan mencipta potensi baharu. Kisah Dion mencerminkan segala yang diperjuangkan oleh Adidas: keaslian budaya, keberanian membuat pilihan, dan prestasi di tahap tertinggi.” Kata Preston Page, Pengurus Negara, Adidas Malaysia.

Jersi edisi terhad ini boleh didapatkan di dalam dua pilihan warna di butik Adidas terpilih dan secara dalam talian di laman web www.adidas.com.my yang berharga RM169, pembeli turut akan menerima kad pemain Dion Cools edisi pengumpul secara percuma dengan setiap pembelian selagi stok masih ada.