Buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun, adidas dan Liverpool FC dengan bangganya memperkenalkan jersi Home dan Away baharu kelab untuk musim 2025/26.
Setelah pernah bekerjasama dalam beberapa era paling ikonik Liverpool dari tahun 1985–1996 dan sekali lagi dari 2006–2012, tiga jalur kembali untuk menyediakan teknologi prestasi terkini dan pakaian gaya hidup kepada pemain serta peminat bermula musim ini.

Dilancarkan hari ini ialah jersi Home Liverpool FC yang mengetengahkan DNA kelab dalam bentuk paling tulen, dengan rona merah strawberi gelap sebagai asas jersi dan tiga jalur adidas berwarna putih di bahagian lengan. Lambang klasik Liver Bird tertera di dada, manakala kolar bulat ‘crew-neck’ memberikan siluet yang moden dan atletik, lengkap dengan kemasan khas pada pergelangan tangan bagi menampilkan estetika yang benar-benar mencerminkan legasi LFC.
Jersi ini dipadankan dengan seluar pendek dan stokin merah, di mana stokin menampilkan tiga jalur adidas di bahagian atas dan tulisan ‘LFC’ di atas logo adidas pada betis.
Jersi Away pula tampil dengan warna ikonik yang sinonim dengan kit away LFC terdahulu, menampilkan asas warna krim putih pudar dengan perincian hitam dan merah. Untuk lambang, Liver Bird terletak di dalam perisai – reka bentuk perisai ini diinspirasikan daripada bentuk asal tempat duduk utama Stadium Anfield pada tahun 1906, dan direka semula bagi meniru bentuk struktur tersebut.
Jersi Away hadir dengan dua pilihan seluar dan stokin:
- Seluar pendek hitam dengan stokin warna krim putih pudar.
- Seluar pendek krim putih pudar dengan stokin hitam.
Direka untuk prestasi dan membantu pemain bertaraf dunia bermain dengan penuh keyakinan di bawah tekanan, jersi ini menggunakan teknologi terkini adidas. Versi padang jersi dibina menggunakan bahan lanjutan bagi memaksimumkan aliran udara untuk memastikan pemain kekal sejuk, manakala versi peminat menggunakan bahan menyerap peluh bagi memastikan badan kekal kering.
Sam Handy, Pengurus Besar adidas Football berkata:
“Adidas kembali bersama Liverpool FC merupakan detik bersejarah bagi kami. Melihat tiga jalur ikonik kami menghiasi jersi Liverpool sekali lagi adalah sesuatu yang kami sangat banggakan. Jersi Home adalah cerminan sebenar DNA Liverpool – bergaya dan bersahaja – manakala jersi Away pula memberi penghormatan kepada sejarah agung kelab ini. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan luar biasa, dan kami amat teruja untuk masa depan yang menanti.”
Ben Latty, Ketua Pegawai Komersial LFC berkata:
“Ini lebih daripada sekadar pelancaran jersi baharu – ia menandakan permulaan kerjasama selama 10 tahun antara LFC dan adidas. Sejak pengumuman kerjasama ini pada bulan Mac, terdapat rasa keterujaan dan penantian yang besar. Koleksi pertama ini menetapkan nada untuk musim-musim akan datang.”
Turut dilancarkan bersama kit Home dan Away ialah:
- Jersi Pre-Match: diinspirasikan daripada Gerbang Shankly yang ikonik di luar stadium Anfield, menampilkan asas warna hitam dengan corak gerbang rumit berwarna merah gelap.
- Jaket Anthem Z.N.E. bola sepak: diperbuat daripada fabrik ‘double-knit’ yang lembut, dilengkapi hud luas dan tulisan ‘YNWA’ sebagai penghormatan kepada slogan terkenal Liverpool.
- Kasut Samba klasik LFC: menampilkan kulit putih pada bahagian atas, tiga jalur berwarna merah dan lambang LFC pada lidah kasut, serta tulisan ‘YNWA’ berwarna emas di sisi.
Bagi meraikan pelancaran jersi baharu ini, adidas dan Liverpool FC telah mengeluarkan filem bertajuk ‘Your Dream. Our Reality’.
Filem ini memaparkan perjalanan seorang gadis muda yang menemui jersi baharu Liverpool dan melalui pengalaman mimpi yang kabur antara realiti dan fantasi. Perjalanan ini membawanya ke makan malam impian bersama legenda seperti Ian Rush dan Mohamed Salah, menghidupkan semula iklan adidas ikonik Gerrard dan Alonso bersama pemain lelaki dan wanita LFC masa kini, dan lawatan trofi kelab bersama Sir Kenny Dalglish sebelum berakhir di padang Anfield dalam babak klimaks yang menyentuh hati.
Filem ini turut disokong oleh imejan pemain dan produk yang diilhamkan daripada babak makan malam tersebut, beserta video lanjutan dan fotografi belakang tabir yang akan diterbitkan melalui saluran rasmi kelab, adidas dan pemain.
Sempena kerjasama semula antara dua legenda global ini, adidas Malaysia akan menganjurkan pop-up khas dari 4–10 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur, Aras 3 Connection (antara Arabica dan Quivo), sebagai penghormatan kepada Liverpool FC dan sejarah agung kelab. Peminat boleh menantikan:
- The Champions Wall: paparan trofi-trofi paling bersejarah dalam kejayaan Liverpool FC sepanjang zaman.
- Pameran Jersi Liverpool: peluang untuk melihat lebih dekat jersi adidas x Liverpool FC Home dan Away yang baharu.
- Surat Kepada Pemain: dalam usaha istimewa untuk memperingati kerjasama ini, adidas Malaysia akan mengumpulkan surat tulisan tangan daripada peminat untuk dihantar terus ke Anfield – menyampaikan kasih sayang peminat tempatan kepada pemain kegemaran mereka.
Versi padang jersi dijual pada harga RM549, manakala versi peminat berharga RM329 – kedua-duanya boleh dibeli mulai hari ini di kedai adidas terpilih, atas talian di:
🔗 www.adidas.com.my/en/liverpool
dan rakan peruncit utama.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari saluran berikut:
🌐 Laman web rasmi: www.adidas.com.my
📘 Facebook: www.facebook.com/adidasMY
📸 Instagram: @adidasMY / @adidasfootball