Afiq Fazail Dinobat Olahragawan Johor
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail dinobatkan sebagai Olahragawan Johor 2025.

Nama pemain tengah kebangsaan itu diumumkan dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Johor yang diadakan pada 29 September lalu.

Afiq dipilih kerana impak besarnya bersama Harimau Selatan pada musim 2024/25. Beliau bukan saja membantu JDT meraih tiga trofi termasuk Piala Malaysia.

Malah, Afiq juga sebahagian daripada pasukan JDT yang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim sama.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu menerima trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM7,000.

Majlis sama juga menyaksikan JDT dinobatkan sebagai Pasukan Lelaki Terbaik Tahun 2025. Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pula dipilih untuk kategori Fasiliti Terbaik.

Ketua Pengarah Operasi (COO) dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerima kedua-dua anugerah itu bagi pihak pengurusan Harimau Selatan.