Akhyar Rashid Sasar Kembali Sertai Kem Harimau Malaya
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid berharap dapat kembali menyertai kem Harimau Malaya.

Hasrat itu dinyatakan bekas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu apabila ditanya tentang matlamatnya selepas ini.

Semakan di Transfermarkt mendapati kali terakhir Akhyar menyertai kem skuad kebangsaan ialah Mac 2025. Pada ketika itu, Harimau Malaya turun menentang Nepal untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Sejak itu, Akhyar tidak tersenarai untuk kem Harimau Malaya untuk kalendar antarabangsa bulan Jun dan September.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu sedar beliau perlu kembali mencapai prestasi terbaik jika ingin kembali berada dalam perancangan jurulatih Australia, Peter Cklamovski.

“Macam saya cakap tadi, perlawanan pada malam lepas itu lawan Imigresen, bukan automatik (nak kembali ke prestasi terbaik). Semangat barulah untuk dapatkan balik prestasi terbaik.

“Lepas kahwin itu, saya harap lepas ini Insya Allah saya akan buat yang lagi terbaik. Dan sasar dapatkan panggilan skuad kebangsaan, Insya Allah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Akhyar sudah merekodkan enam penampilan, dua gol dan satu bantuan gol untuk Terengganu musim ini.

Bisa beliau dijangka ditagih untuk aksi Liga Super seterusnya antara Peteh dan pendatang baharu liga, Melaka FC pada malam ini.