Aksi persahabatan antara ASEAN All-Stars dan Manchester United pada 28 Mei lalu telah memberi impak positif kepada sektor pelancongan Malaysia.
Ini terbukti dalam pelbagai segi. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kehadiran seramai 72,550 orang.
Daripada 72,550 orang yang hadir, 32,000 yang hadir ialah pelancong luar negara. Kehadiran mereka bukan saja merekodkan kadar penginapan yang tinggi membabitkan hotel dan rumah tumpangan.
Malah, restoran-restoran dan sistem pengangkutan awam beroperasi pada kapasiti penuh dengan waktu operasi dilanjutkan.
Aksi ini turut menyaksikan kejutan dilakar barisan ASEAN All-Stars. Ini selepas mereka menewaskan The Red Devils 1-0.
Pemain sayap Lamphun Warriors, Maung Maung Lwin memusnahkan harapan United meraih trofi Maybank Challenge Cup 2025 menerusi gol pada separuh masa kedua.