Aksi Malaysia vs Palestin Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia akan berdepan Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 9 September ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Perkara ini disahkan pengurusan Harimau Malaya menerusi satu kenyataan di platform rasmi Malaysia NT.

Pengurusan skuad kebangsaan memaklumkan ini merupakan sebahagian persiapan skuad negara untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober dan November ini.

“Jadual Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 telah ditetapkan. Pasukan kebangsaan kita akan beraksi dalam dua perlawanan bertaraf tinggi di dua venue berbeza, sebagai persiapan penting menjelang kejohanan akan datang. Jumpa and di sana!” katanya dalam satu kenyataan.

Aksi Harimau Malaya menentang Singapura pada 4 September ini kekal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Skuad negara yang dibimbing jurulatih Australia, Peter Cklamovski berharap dapat menambah baik kedudukan ranking FIFA menerusi dua aksi ini.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-125 dunia berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA.