Perlawanan di antara Manjung City vs Selangor II ditunda ke tarikh baharu kerana 5 pemain skuad The Red Giants sertai Malaysia B-23.
Aksi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 24 Ogos 2025 terpaksa ditunda kepada tarikh lain bagi memberi laluan pemain-pemain Selangor II mewakili negara di pentas kelayakan Piala Asia B-23.
Hal ini telah disahkan di laman media sosial pihak Manjung City pada hari ini bagi memaklumkan kepada peminat-peminat skuad tersebut.
Menurut kelab berkenaan, perlawanan di antara skuad Manjung City dan Selangor II ke tarikh yang akan ditetapkan oleh AFL.
“Perlawanan ke 3 Manjung City bertemu Selangor II terpaksa ditunda kesuatu tarikh yang akan ditetapkan oleh AFL.”
Tambah kelab, hal Ini berikutan beberapa pemain Selangor II telah dipanggil oleh skuad B-23 kebangsaan.
“5 orang pemain utama kelab Selangor II dipanggil untuk latihan pusat kebangsaan bawah 23 tahun bagi menghadapi saingan AFC Asian Cup Qualifiers di Bangkok,” kata kelab Manjung City di satu hantaran Facebook.
Pasukan Manjung City bakal meneruskan cabaran di Liga A1 dengan menentang Seoul Phoenix di tempat lawan manakala Selangor II bakal menerima kunjungan skuad Armed Forces di halaman sendiri pada 13 & 14 September.