Alasan Marcelo Bielsa Tak Bawa Pemain Utama Uruguay Ke Malaysia
MakanBola
AUF TV

Marcelo Bielsa memberikan sebab utama mengapa tidak membawa pemain-pemain bintang Uruguay ke Malaysia bagi aksi bertemu Republik Dominican pada Jumaat.

Uruguay yang mula tiba beberapa hari lepas dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah apabila menentang pasukan kebangsaan Republik Dominican.

Uruguay ketika ini sedang menghuni di tangga ke 15 ranking bola sepak lelaki dunia. Sementara itu, Republik Dominican di posisi 142.

Menurut Marcelo Bielsa, beliau tidak membawa pemain ternama seperti Federico Valverde dan Manuel Ugarte kerana mahu menyimpan bagi aksi Piala Dunia tahun depan.

“Kami tidak membawa pemain bintang kerana sudah menghampiri Piala Dunia dan kami sedang memilih pemain-pemain lain untuk dibawa ke sana,” kata Marcelo Bielsa ketika sidang media sebelum bertemu pasukan kebangsaan Republik Dominican di Stadium Bukit Jalil.

Pasukan Uruguay bakal menentang Republik Dominican bagi aksi persahabatan pada Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas itu, Uruguay akan bertemu pasukan kebangsaan Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka bagi aksi kedua persahabatan pada Oktober.