Antonio Glauder Rekrut Pertama JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain pertahanan Sepanyol, Antonio Glauder sah menjadi rekrut pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi musim 2025/26.

Perpindahan bek tengah berusia 29 tahun itu diumumkan menerusi platform rasmi Johor Southern Tigers (JST).

“Kita ada tembok baharu di bahagian pertahanan! Selamat datang ke Johor Darul Ta’zim, Antonio Glauder,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Menariknya, Glauder turut memilih nombor lima sebagai nombor jersi beliau bersama Harimau Selatan. Ia dianggap menarik kerana nombor tersebut sebelum ini milik jersi rakan senegara, Jordi Amat.

Pemilihan ini memberi bayangan bahawa Amat tidak akan bersama JDT untuk musim akan datang.

Sebelum ini, bekas bek tengah Swansea City itu dikaitkan dengan perpindahan ke liga Indonesia. Amat kemudiannya dilaporkan akan kembali beraksi di Eropah apabila kontraknya bersama JDT tamat.

Glauder pernah beraksi untuk skuad remaja Barcelona, Villarreal, Espanyol, Alaves, CF Fuenlabrada, Eibar dan Albacete.

Beliau juga pernah beraksi di Croatia selama semusim apabila menyertai kelab NK Rudes secara pinjaman pada 2017/18.