Apa lagi yang boleh dilakukan oleh pemain tengah, Wan Kuzain Wan Kamal menjelang penamat musim 2025.
Tonggak berusia 27 tahun itu mencipta momentum luar biasa di Amerika Syarikat dan beraksi secara konsisten bersama St Louis City 2 di MLS Next Pro 2025-26.
Pemain versatil ini membantu St Louis City 2 berada di tangga teratas saingan sepanjang musim sebelum tewas kepada Minnesota United FC 2 pada aksi playoff.
Beliau mempamerkan kebangkitan luar biasa setelah hampir 9 bulan diketepikan ekora kecederaan pada tahun 2024.
Menerusi laman Sofascore, Wan Kuzain merekodkan purata 7.15 mata pada 25 perlawanan yang diturunkan musim ini (20 sebagai pemain utama) dengan 1772 minit permainan.
Kuzain merekodkan satu jaringan (2.35 jangkaan jaringan) selain turut mencatat dua bantuan jaringan (4.47 jangkaan bantuan gol) dan menjadi tunjang kreativiti St Louis City 2 musim ini.
Tonggak kelahiran Amerika-Malaysia ini telah tersenarai sebanyak tiga kali dalam Senarai Bersedia Harimau Malaya sejak September 2025 namun masih belum mendapat panggilan utama.
Malaysia di bawah kendalian Peter Cklamovski mencatat keputusan cemerlang selepas tidak tewas pada tahun 2025 namun masih belum ada kesempatan buat Kuzain bersama pasukan.
Harimau Malaya masih memiliii baki satu perlawanan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 berdepan Vietnam pada 25 Mac 2025.