Argentina Antara 12 Negara Handalan Dalam Balang Satu Undian Piala Dunia 2026
MakanBola
FIFA World Cup

Argentina antara 12 pasukan handalan yang diletakkan Balang 1 untuk cabutan undian Piala Dunia 2026.

Ini selepas FIFA mengumumkan senarai negara yang layak untuk cabutan undian kejohanan yang diadakan pada Disember ini.

Selain Argentina, Sepanyol, England, Perancis, Brazil, Portugal, Belanda, Belgium, Jerman, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico turut berada dalam balang sama.

FIFA turut memaklumkan empat pasukan pilihan tidak akan bertemu antara satu sama lain sehingga peringkat separuh akhir.

Ini bermakna England yang juga pilihan keempat kejohanan hanya akan bertemu Sepanyol atau Argentina di peringkat separuh akhir dan Perancis di final.

Kaedah ini bukan saja digunakan dalam format baharu Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Piala Dunia Kelab 2025. Malah, ia turut digunakan dalam kejohanan tenis Wimbledon.

Uzbekistan yang membuat kemunculan sulung dalam Piala Dunia berada dalam Balang 3. Jordan, Cape Verde dan Curacao yang turut membuat penampilan pertama diletakkan dalam Balang 4.