ASEAN Championship Bakal Diadakan Julai & Ogos 2026
MakanBola
ASEAN United

Saingan ASEAN Championship 2026 bakal berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos ini.

Tarikh kejohanan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menerusi satu kenyataan yang disiarkan di ASEAN United.

Kejohanan ini lebih istimewa kerana kini memasuki tahun ke-30 sejak dianjurkan pada tahun 1996. Kejohanan ini turut menyaksikan ia dikenali sebagai ASEAN Hyundai Cup.

Ini selepas pembuat kereta dari Korea Selatan, Hyundai memeterai perjanjian kerjasama dengan AFF pada Mei lalu.

Selain menjadi penaja utama ASEAN Championship, Hyundai juga menjadi rakan kongsi penyampai untuk tiga lagi kejohanan anjuran AFF. Tiga kejohanan tersebut ialah Shopee Cup, Kejohanan ASEAN B-23 dan Kejohanan Wanita ASEAN.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth menyifatkan penganjuran ASEAN Championship sebagai pencapaian hebat buat rantau Asia Tenggara.

ASEAN Hyundai Cup berdiri sebagai kejohanan bola sepak utama Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dan kami gembira untuk mengumumkan tarikh kejohanan seterusnya tatkala ia memasuki ulang tahun ke-30, satu pencapaian hebat dari segi evolusinya.”

Cabutan kumpulan bakal diumumkan dalam satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pusingan playoff untuk pasukan ke-10 pula akan diadakan pada 2 dan 9 Jun secara timbal balik.