Astro kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia musim 2025-2026 yang menyajikan pelbagai aksi menarik.
Dengan 229 bakal bersiaran secara langsung dalam definisi tinggi (HD), peminat boleh mengikuti setiap jaringan dan detik dramatik sama ada di rumah atau di hujung jari menerusi pek Astro One dan sooka.
“Bola sepak adalah denyut nadi jutaan rakyat Malaysia, dan Astro berbangga menjadi peneraju dalam menyemarakkan lagi semangat ini”
“Kami juga terus komited untuk menyokong pembangunan akar umbi melalui kempen “Ini Padang Kita” yang memulihkan dan mengaktifkan semula padang komuniti sebagai pusat melahirkan bakat dan penyatuan masyarakat”
“Astro dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama bersama U Mobile sebagai Penaja Siaran Rasmi Liga Malaysia untuk tahun kedua-dua berturut-turut”
“Melalui kolabrasi ini, U Mobile turut komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha memupuk sokongan dari peringkat akar umbi,” kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John.
“Musim terbaru ini akan menjadi lebih menarik dan penuh kejutan berdasarkan kepada kerancakan kelab-kelab seperti pendatang baharu Brunei DPMM, Imigresen dan Melaka yang akan mewarnai liga ini”
“MFL turut berterima kasih kepada Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia yang terus menjadi platform utama sebagai penghubung antara Liga Malaysia dan penyokong,” kata Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan.
Untuk musim baharu Liga Malaysia 2025-2026, Astro memperkukuhkan pasukan penyiaran dengan penglibatan dua figura besar dalam bolasepak Malaysia sebagai “pundit” Astro Arena.
Dua figura tersebut adalah Farizal Marlias, bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim dan penyerang prolifik negara era 2000-an, Akmal Rizal.
Kesemua perlawanan Liga Malaysia dapat disaksikan di Astro dan aplikasi sooka dengan pendekatan menyeluruh melangkaui 90 minit di atas padang.