‘Atuk Orang Penang’ Penemuan Seorang Lagi Pemain Kacukan Sepanyol-Malaysia
MakanBola
Malaysia NT/LaLiga

Malaysia berpotensi untuk memiliki seorang lagi pemain kacukan dari Sepanyol.

Harimau Malaya telah menerima kehadiran 7 tonggak warisan baharu pada tahun 2025 sekali gus memacu era gemilang di bawah kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski.

Skuad kebangsaan bagaimanapun dikhabarkan bakal menerima seorang lagi pemain kacukan baharu iaitu tonggak tengah Sporting Gijon, Nacho Mendez.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa pemain tengah versatil ini sudah pun bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Bersedia untuk mewakili Harimau Malaya. Difahamkan Nacho Mendez dalam proses akhir untuk dapatkan kerakyatan Malaysia sebagai pemain warisan negara sekaligus bakal beraksi untuk Piala CAFA. 

Mendez juga difahamkan merupakan kacukan tiga negara iaitu Cuba, Sepanyol dan juga Malaysia.

“Atuknya lahir di Penang,merupakan campuran Cuba,Sepanyol & Malaysia,” ujarnya di laman X.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang berlegar mengenai berita perpindahan pemain ini yang dikatakan bakal mengikur jejak langkah pemain warisan lain untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

”Nacho Méndez telah memuktamadkan perpindahannya ke JDT dengan menandatangani kontrak selama 3 musim, dan kini hanya menanti pengumuman rasmi,” lapor El Comercio.