Baju Palestin Punca Peminat Brighton Kena Halau Dari Stadium
MakanBola
BRIGHTON & HOVE ALBION

Peminat setia Brighton dihalau dan dilarang untuk memasuki ke stadium kerana memakai baju Palestin ketika aksi kelab berkenaan menentang Fulham.

Peminat dimaksudkan adalah Roger Wade iaitu pengasas jenama kasut dari England (BoxFresh) yang telah menapak di industri sejak 36 tahun lepas.

Roger Wade dikenakan sekatan hanya kerana memakai baju yang mempunyai tulisan Palestin di permukaan pakaian tersebut.

Menurut Total Football di halaman X, beliau telah menjadi pemegang pas bermusim bagi skuad Brighton hampir 10 tahun namun telah dikenakan sekatan selama 5 perlawanan sejak kelab tersebut menentang Fulham ketika aksi Liga Perdana Inggeris.

Beliau dihalau ketika tamat separuh masa pertama dengan petugas stadium untuk meninggalkan tempat hospitaliti tanpa sebarang pencerahan namun Roger Wade tetap kembali ke kerusi untuk menonton kembali.

Roger Wade telah melakukan satu aduan formal ke kelab Brighton untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan isu disekat menonton pasukan kegemarannya di stadium.