Bangladesh Kejutkan India
MakanBola
Bangladesh FF

India menjadi mangsa kejutan pasukan ke-183 dunia, Bangladesh dalam aksi terbaru kelayakan Piala Asia 2027.

India dan Bangladesh masing-masing memerlukan kemenangan dalam Kumpulan C selepas sah tidak layak ke Piala Asia 2027.

Ini kerana kedua-dua pasukan hanya mengutip dua mata sebelum aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Dhaka.

Shekh Morsalin menceriakan kem Bengal Tigers dengan meledakkan gol pada minit ke-11. Pemain tengah Dhaka Abahani itu melepaskan rembatan yang menewaskan kapten India, Gurpreet Singh.

Tersentak, India cuba bangkit memburu gol penyamaan untuk baki perlawanan. Malangnya, apa yang dihajatkan anak buah Khalid Jamil itu tidak berlaku.

Ini memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Bangladesh kini di tangga ketiga kumpulan dengan lima mata.

Bengal Tigers turut menghela nafas lega kerana ini kemenangan pertama mereka di peringkat antarabangsa sejak Jun lalu.

Kekalahan ini cukup pahit buat The Blue Tigers. Ini kerana selain tewas kepada musuh serantau, mereka masih gagal meraih sebarang kemenangan dalam Kumpulan C.

Peluang terakhir India meraih kemenangan ialah aksi menentang Hong Kong. Aksi tersebut akan berlangsung pada Mac 2026.