Bapa Zhafri Yahya Meninggal Dunia
MakanBola
KL City FC

Bapa kepada pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya iaitu Haji Yahya bin Ahmad meninggal dunia pada petang Khamis.

Berita tersebut dikongsikan pemain tengah berusia 30 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau.

Zhafri memaklumkan bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.04 petang.

865e13fa 9e56 4b5f 835d f00413f61bd4 Bapa Zhafri Yahya Meninggal Dunia

“Innalillahi wainnailaihi raji’un Dengan dukacita dimaklumkan, ayah saya Hj Yahya bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 21 Ogos 2025, jam 6.04 petang.

“Mohon doa daripada sahabat dan kenalan agar Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Semoga arwah bapa beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.