Bekas Bintang Manchester United Berdepan Hukuman Penjara
MakanBola
Manchester United

Bekas jeneral tengah Manchester United, Anderson berdepan hukuman penjara selama 30 hari.

Ini selepas Daily Mail melaporkan bekas pemain tengah Brazil itu didapati gagal membayar nafkah anak berjumlah £142,000 (RM806,000).

Justeru, hakim mahkamah keluarga di Porto Alegre memberi amaran kepada Anderson agar melunaskan tunggakan nafkah atau dipenjara selama 30 hari.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Anderson akan dipenjara dan diletakkan di bawah pemantauan ketat dengan syarat ada ruang dalam penjara tempatan.

Satu lagi pilihan ialah bekas pemain tengah Porto itu menjalankan kerja komuniti atau belajar pada waktu siang tetapi perlu kembali ke penjara pada waktu malam.

Setakat ini, Anderson masih belum memberikan sebarang komen berhubung amaran mahkamah. Ini bukan kali pertama bekas pemain tengah The Red Devils itu berdepan masalah dengan pihak berkuasa.

Beberapa tahun sebelumnya, akhbar Globo melaporkan nama Anderson antara lapan individu yang disiasat pihak berkuasa Brazil. Ini kerana mereka dikatakan terlibat dengan skim penggubahan wang haram berjumlah £4.7 juta (RM26 juta).

Semasa bersama Manchester United, Anderson pernah meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Piala EFL dan Piala Dunia Kelab.

Selain Manchester United dan Porto, beliau juga pernah beraksi untuk Fiorentina, Internacional, Coritiba dan Adana Demirspor.