Bekas Bintang Sunderland Perkuat Bangladesh
MakanBola
Cuba Mitchell

Bekas bintang muda Sunderland, Cuba Mitchell memilih mewakili Bangladesh di peringkat antarabangsa.

Ini selepas pemain berusia 19 tahun itu masuk sebagai pemain gantian ketika aksi persahabatan antara Bangladesh dan Nepal pada 13 November lalu. Kemunculan beliau dikongsikan portal Plaantik.

Mitchell menjadi pemain warisan terbaru yang memperkuatkan Bengal Tigers selepas Hamza Choudhury, Shamit Shome, Tariq Kazi dan Zayyan Ahmed.

Beliau kini beraksi untuk Bashundhara Kings selepas tiga musim bersama skuad remaja Sunderland. Ini kerana kontrak Mitchell bersama The Black Cats tidak diperbaharui pada akhir musim 2024/25.

Mitchell membantu Bangladesh meraih keputusan 2-2 dengan Nepal. Selepas ketinggalan menerusi gol Rohit Chand pada separuh masa pertama, Bengal Tigers bangkit pada babak kedua.

Choudhury merobek gawang Nepal dengan meledakkan dua gol. Ananta Tamang memastikan kedua-dua pasukan seri 2-2 dengan gol pada minit akhir perlawanan.

Aksi ini merupakan persiapan bagi kedua-dua pasukan sebelum mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2027 seterusnya.

Bangladesh dijadual bertemu dengan India. Nepal pula akan bertandang ke Malaysia untuk menentang skuad Harimau Malaya pada 18 November ini.