Bekas Jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng Dalam Keadaan Kritikal
UltraSukan
MSN Malaysia

Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng kini dalam keadaan kritikal.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zaki Zainal melaporkan jurulatih berusia 59 tahun itu terlibat dalam kemalangan motosikal di Sydney, Australia.

“Doakan kesembuhan buat Coach Wong Tat Meng, bekas jurulatih Lee Zii Jia (gangsa Olimpik Paris), yang kini bertarung nyawa selepas kemalangan motosikal di Sydney.

“Semoga beliau terus kuat dan segera pulih,” katanya di X.

Tat Meng dikenali selepas membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Selain Zii Jia, bekas jaguh perseorangan negara itu pernah menjadi jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Indonesia, Korea Selatan, Scotland dan Hong Kong.