Bekas pemain pertahanan skuad Terengganu musim 2021, Pape Diakite melengkapkan perpindahan ke Kedah FA.
Pape Diakite yang pernah menyarung jersi skuad Penyu itu pada tahun 2021 bakal membuat penampilan semula di dalam kancah Liga Malaysia.
Dia bakal menjadi benteng kental skuad Kedah FA bagi saingan Liga A1 Semi-Pro bagi musim ini yang bakal membuka tirai pada 2 Ogos 2025.
Pape yang menjadi tonggak penting skuad Terengganu bagi saingan Liga Super musim 2021 dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri untuk bermain di Kedah.
Dia yang merekodkan 29 penampilan di dalam 3 pertandingan sepanjang berada di Liga Malaysia iaitu Liga Super, Piala Malaysia, dan Piala FA.
Sebelum itu, Pape pernah bermain di Liga Thailand 2 bersama Chiangmai United manakala beberapa Liga lain seperti Vietnam dan Nepal.
Pape dijangka bakal melakukan debut pertama bersama skuad Kedah FA di aksi pembukaan skuad hijau kuning itu dengan menentang Perlis GSA pada 2 Ogos 2025 8.45 malam bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra .