Bendera Malaysia Diletakkan Pada Pemain Arsenal, Joshua Robinson
MakanBola
Arsenal Academy

Bendera Malaysia dikesan terpapar pada bekas pemain Arsenal FC, Joshua Robinson.

 Khabar mengenai seorang lagi tonggak warisan negara di England mula menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini.

Harimau Malaya sebelum ini telah pun diperkuat dengan beberapa pemain warisan dari England seperti tonggak Sabah FC, Stuart Wilkin dan juga Darren Lok.

Khabar mengenai pemain baharu muncul selepas pengakuan daripada bekas tonggak muda The Gunners, Joshua Robinson mengenai susur-galurnya.

Menerusi satu temu bual bersama Arsenal, pemain kelahiran England ini mendedahkan bahawa beliau sememangnya memiliki keturunan berdarah Malaysia.

“Saya membesar di kawasan Leyton di timur London. 

“Bapa saya berasal dari Jamaica manakala ibu saya pula berdarah Malaysia dan Inggeris,” cerita Josh Robinson dalam satu kenyataan di laman sesawang Arsenal FC.

Selepas tidak lagi bersama Arsenal sejak tahun 2023, Robinson mengembangkan bakatnya bersama Wigan Athletic pada Januari 2025.

Beliau telah meletakkan bendera Jamaica-England dan Malaysia pada bio Instagramnya sekali gus mengukuhkan lagi status keturunannya.

Untitled design 14 Bendera Malaysia Diletakkan Pada Pemain Arsenal, Joshua Robinson

Namun begitu, beliau kini bergelar ejen bebas sejak September 2025 dalam membuka lembaran baharu dalam kariernya.