Beza Bergson & Jairo Da Silva Dari Kaca Mata Nizaruddin Yusof
MakanBola
DANIELRAMZI/MAKANBOLA

Bekas penyerang berprolifik Malaysia, Nizaruddin Yusof mendapati sedikit perbezaan di antara dua penyerang sensasi JDT iaitu Bergson dan Jairo Da Silva.

Bergson yang mula menapak nama di pentas liga bola sepak Malaysia bermula dari tahun 2021 tidak asing lagi dengan ketajaman beliau selaku penyerang berbisa skuad Harimau Selatan.

Ia dapat dibuktikan apabila beliau berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia yang dipegang oleh lagenda bola sepak tanah air iaitu Indra Putra dengan 109 gol berbanding (106 gol).

Beliau mencatatkan rekod tersebut ketika aksi Liga Super musim ini apabila bertemu Sabah dengan meledak hatrik pada perlawanan tersebut.

Sementara itu, Jairo Da Silva baharu sahaja memulakan karier bola sepak di Malaysia pada musim ini namun beliau turut membuktikan kredibiliti sebagai penyerang seawal aksi pertama dalam pentas Liga Super 2025-2026.

Beliau hanya memerlukan 1 minit aksi untuk meledak jaringan ketika perlawanan pembukaan Liga Super 2025-2026 atau Piala Sumbangsih musim ini apabila menentang skuad The Red Giants pada 8 Ogos lalu.

Menurut Nizaruddin Yusof, gaya permainan Jairo Da Silva lebih menunggu bola di kawasan kotak lawan.

“Kita mengetahui kelebihan Jairo Da Silva lebih menunggu di kawasan kotak lawan untuk Liga Super ia tidak menjadi masalah untuk mendapatkan hantaran bola oleh rakan sepasukan dan menjaringkan gol.”

Tambah beliau, Bergson lebih terbuka dan beliau boleh melakukan gol dalam situasi sukar.

“Sementara itu, Bergson boleh melakukan pergerakan dengan sendiri sehingga mampu menjaringkan banyak gol melalui ketajaman rembatan beliau setiap aksi,” kata Nizaruddin Yusof ketika Pra-rancangan aksi JDT bertemu Bangkok United di Astro Arena.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

JDT bakal meneruskan perlawanan dengan menentang kelab dari Jepun, Machida Zelvia pada Selasa di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ACL Elite.