Bintang Cardiff City Sertai Kem Latihan Singapura
MakanBola
FA Singapore

Orang besi Cardiff City, Perry Ng menjadi antara pemain terbaru menyertai kem latihan Singapura.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memaklumkan penambahan beberapa pemain baru untuk pasukan yang dibimbing pemangku jurulatih, Gavin Lee.

Ng menyertai skuad kali ini sebagai sebahagian daripada usaha membiasakan diri dengan persekitaran kem Singapura. Selain beliau, FAS turut memanggil pemain BG Tampines Rovers, Jacob Mahler.

“Jacob Mahler telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Singapura untuk perlawanan antarabangsa menentang Myanmar.

“Pemain Cardiff City, Perry Ng juga bergabung dengan skuad The Lions untuk satu lagi usaha membiasakan diri dengan suasana kem,” kata FAS dalam satu kenyataan.

Singapura berharap dapat bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Malaysia dalam aksi persahabatan pertama pada 4 September.

The Lions kini membawa misi memburu kemenangan apabila bertemu Myanmar pada 9 September ini.