Bintang Liga Australia Hampir Pasti Perkuat Selangor
MakanBola
AUFC/SFC

Selangor dikatakan sudah selesai untuk mendapatkan salah seorang pemain sayap berbisa dari Liga Australia.

Sebelum ini, Selangor telah membuat satu rombakan besar-besaran dengan beberapa nama tidak lagi bersama pasukan seperti Safuwan Baharudin, Ali Olwan dan Yohandry Orozco.

Walau bagaimanapun, kuasa pemilihan pemain yang dimiliki oleh ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi menyaksikan ketibaan beberapa pemain baharu antaranya Pitcha Autra, Willian Lira dan Chrigor Moraes.

Terkini, seorang lagi pemain dilaporkan bakal tiba menyertai pasukan Selangor untuk menjadi tonggak import baharu ke-4 dan beliau kini mencatatkan rekod baik ketika di Australia musim lalu.

Menurut laporan wartawan dari Australia, Rob Cornthwaite bahawa Zach Clough yang bermain untuk Adelaide United musim lalu telah pun selesai menandatangani bersama kelab Selangor.

”Pemain tengah Adelaide United, Zach Clough telah sertai kelab gergasi Malaysia, Selangor FC,” lapor Rob Cornthwaite yang juga bekas pertahanan skuad Gergasi Merah.

Untuk rekod, Zach Clough yang dilahirkan United Kingdom pernah menyarung jersi beberapa kelab terkemuka di sana seperti Nottingham Forest, Bolton Wanderers serta Wigan.

Musim lalu, pemain berusia 30 tahun ini telah merekodkan 7 gol dan melakukan 9 bantuan jaringan dalam 27 penampilan untuk membantu Adelaide United berada di tangga ke-6 liga Australia.