Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ager Aketxe dijangka menjadi aset baharu pasukan itu untuk menghadapi musim 2025/26.
Ini kerana anak jati Bilbao berusia 31 tahun itu berupaya melakukan percubaan jarak jauh yang memerangkap penjaga gol lawan.
Ini berdasarkan klip lima gol terbaik Agetxe dalam saingan LaLiga2 ketika beraksi untuk kelab SD Eibar.
Salah satu gol menarik bekas pemain remaja Athletic Bilbao itu ialah gol ketika menentang Girona pada musim 2021/22. Aketxe membuat rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Girona, Juan Carlos.
Keupayaan sepakan jarak jauh beliau dijangka mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan rakan senegara, Juan Muniz.
Muniz dijangka meninggalkan JDT secara pinjaman susulan persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama. Malah, nombor jersi beliau iaitu nombor 20 kini digunakan oleh rakan senegara, Teto Martin.
Aketxe menyertai Harimau Selatan pada hari terakhir tetingkap pertama perpindahan Liga Super musim 2025/26.