Brunei DPMM FC mula mempamerkan kebangkitan dalam saingan Liga Super sejak kebelakangan ini.
Ini kerana pasukan itu sudah meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam bulan Disember. Ini termasuk kemenangan 3-1 ke atas finalis Piala FA 2025, Sabah FC.
Selain Sabah, Melaka FC, Imigresen FC dan Penang FC juga menjadi mangsa anak buah James McAllister.
Tiga kemenangan ini telah memacu DPMM ke tangga ketujuh liga dengan 14 mata. Ini meletakkan pasukan itu di hadapan pasukan lebih berpengalaman seperti Sabah, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) dan PDRM FC.
Prestasi penyerang Australia, Jordan Murray turut membantu DPMM meraih momentum positif dalam liga. Beliau kini penjaring terbanyak pasukan itu dengan empat gol.
Prestasi DPMM dijangka bertambah baik lebih-lebih lagi menjelang tetingkap perpindahan kedua liga yang dibuka pada Januari 2026.
Pasukan itu dilaporkan telah merekrut Ibrahim Salley dan Christian Irobiso. Kedua-dua pemain bakal beraksi secara rasmi untuk DPMM selepas tetingkap perpindahan Januari dibuka.
DPMM juga akan mencari seorang penjaga gol baharu menggantikan penjaga gol import, Kristijan Naumovski. Naumovski meninggalkan kelab selepas menyertai DPMM pada 2023.