Buriram United Raih RM3.2 Juta Sehari Hasil Jual Jersi
MakanBola
Buriram United

Jersi baharu pasukan Buriram United sebanyak 30,000 helai dilaporkan telah habis terjual.

Menjelang musim baharu yang bakal tiba nanti, kelab gergasi Thailand, Buriram United telah melancarkan jersi skuad tuan rumah mereka dengan mengekalkan biru gelap selaku warna utama.

Jersi yang menampilkan Theerathon Bunmathon, Supachai Chaided dan beberapa bintang lain sebagai model meraih sambutan luar biasa seperti dijangka daripada para peminat.

Malah, pihak pengurusan kelab sendiri telah mengesahkan sebanyak 30,000 helai jersi tuan rumah Buriram United itu telah pun habis terjual kurang 48 jam selepas dilancarkan.

Penjualan ini sememangnya memberikan satu keuntungan yang cukup lumayan untuk juara bertahan Shopee Cup itu dengan sehelai jersi dijual pada harga 840 Baht kira-kira RM109.

Oleh itu, dengan 30,000 helai jersi yang terjual ini, Buriram United dianggarkan mengutip 25.2 juta Baht sekitar RM3.2 juta yang dilihat satu amaun besar dalam tempoh penjualan singkat.

Ini bukanlah perkara asing buat Buriram United yang pernah meraih RM3 juta hasil penjualan jersi ke-3 berwarna merah jambu musim lalu dengan 29 ribu helai telah terjual ketika itu.