Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berdepan cabaran sukar dalam saingan BWF World Championships 2025.
Ini kerana pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu dijadual bertemu Jeon Hyeok-jin di pusingan pertama. Ini disebabkan statusnya sebagai pemain bukan pilihan dalam BWF World Championships.
Sekiranya beliau berjaya menewaskan Hyeok-jin, Zii Jia bakal berdepan sama ada pilihan keempat dari China, Li Shi Feng atau wakil Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua.
Zii Jia membuat penampilan di atas gelanggang buat kali pertama selepas mengalami kecederaan dalam saingan All England Open 2025.
Kecederaan tersebut memaksa Zii Jia melupakan beberapa kejohanan termasuk Japan Open dan China Open.
Langkah itu diambil bekas juara Thailand Open 2024 itu bagi memastikan beliau benar-benar pulih daripada kecederaan sebelum kembali ke gelanggang.
Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Leong Jun Hao akan menentang wakil Switzerland, Tobias Kuenzi di pusingan pertama.