Carabao Cup: Chelsea Nyaris Ikut Jejak Langkah Liverpool
MakanBola
Chelsea FC

Chelsea nyaris mengalami nasib sama seperti Liverpool sebelum mara ke peringkat suku akhir Carabao Cup.

The Blues dipaksa bekerja keras oleh Wolverhampton Wanderers sebelum meraih kemenangan 4-3 di Molineux.

Chelsea berharap dapat menggunakan aksi ini untuk bangkit semula. Ini selepas kelab itu tumbang di tangan Sunderland dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL)

Chelsea membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Tyrique George. Pelawat menggandakan kelebihan mereka 10 minit selepas itu menerusi Andrey Santos.

Bintang muda Brazil, Estevao memastikan The Blues mendahului 3-0 sehingga rehat menerusi gol pada minit ke-41.

Bersambung selepas rehat, Wolves membuat dua pertukaran dengan memasukkan Ladislav Krejci dan Marshall Munetsi.

Hasilnya, tuan rumah merapatkan jurang menerusi Tolu Arokodare pada minit ke-48. Wolves makin bersemangat apabila David Moller Wolfe menyumbat gol kedua pada minit ke-73.

Chelsea yang cemas cuba mengubah semula momentum perlawanan. Malangnya, mereka dipaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Liam Delap dibuang padang pada minit ke-86.

The Blues kembali menghela nafas lega apabila Jamie Gittens meledakkan gol keempat pada minit ke-89. Moller Wolfe menyumbat gol ketiga tuan rumah pada minit ke-91 tetapi gol tersebut sudah terlambat untuk menghalang pelawat.

Keputusan ini menyaksikan Chelsea akan berdepan pasukan Liga Satu, Cardiff City di peringkat suku akhir. Sofascore memilih Gittens sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7.

Selepas ini, Chelsea akan menentang Tottenham Hotspur pada 1 November. Wolves pula akan menentang Fulham pada hari yang sama.