Cerezo Osaka Raikan Memori Gol Dion Cools
MakanBola
Cerezo Osaka

Kelab Jepun, Cerezo Osaka meraikan memori gol sulung Dion Cools bersama kelab itu dengan menjual kemeja-T khas.

Ini selepas Cerezo mengumumkan pengenalan kemeja-T khas bagi meraikan memori gol kapten Harimau Malaya itu ketika menentang Kyoto Sanga.

Penyokong Cerezo yang berminat boleh membuat pesanan untuk baju tersebut di kedai dalam talian kelab itu sehingga jam 12.00 tengah hari, 9 Oktober ini.

Harga kemeja-T tersebut ialah sebanyak ¥3,900 (RM109). Ini tidak termasuk kos lain seperti penghantaran sekiranya ada penyokong Malaysia mahu mendapatkan kemeja-T penghargaan buat Cools.

Bekas pemain pertahanan Buriram United meraih gol sulung bersama Cerezo ketika menentang Kyogo Sanga pada 28 September lalu.

Meskipun Cerezo tewas, Cools mendapat markah baik daripada Sofascore dalam aksi berkenaan iaitu 7.5.

Kini, khidmatnya ditagih skuad negara menjelang dua aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober ini.