Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia antara empat bintang yang terpaksa menarik diri di pusingan pertama China Masters 2025.
Zii Jia yang beraksi dalam kejohanan ketiga selepas kembali pulih daripada kecederaan bertemu dengan wakil Chinese Taipei, Lin Chun Yi.
Pada awalnya, kedua-dua pemain bersaing sengit dengan masing-masing memenangi satu set. Zii Jia meraih kemenangan set pertama 21-17 sebelum tewas 23-21 pada set kedua.
Ketika ketinggalan 6-14 dalam set penentuan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Zii Jia bukan satu-satunya jaguh perseorangan lelaki yang terpaksa pulang awal akibat kecederaan. Jaguh Hong Kong, Lee Cheuk Yiu turut mengalami nasib sama ketika menentang rakan senegara, Angus Ng Ka Lok.
Pemain perseorangan wanita Vietnam, Nguyen Thuy Linh juga terpaksa diri akibat kecederaan. Pemain berusia 27 tahun itu terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 3-0 pada set kedua dengan pemain Singapura, Yeo Jia Min.
Turut senasib ialah beregu wanita Kanada, Jackie Dent dan Crystal Lai. Mereka terpaksa menarik diri ketika aksi menentang beregu Jepun, Rin Iwanaga dan Rie Nakanishi.
Hari ini, sembilan lagi wakil Malaysia berjuang memburu tiket ke suku akhir China Masters.