China Masters: Tang Jie-Ee Wei Ke Final, Tundukkan Yan Zhe-Dong Ping
UltraSukan
Olympic Malaysia

Juara dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mara ke peringkat akhir China Masters 2025.

Tang Jie-Ee Wei mara dengan menewaskan beregu campuran nombor satu dunia, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.

Selepas menyingkirkan pilihan kelima kejohanan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di peringkat suku akhir, beregu nombor tiga dunia itu mahu meneruskan rentak cemerlang di China.

Jika mereka ingin mara ke final, Tang Jie-Ee Wei perlu memadamkan rekod buruk dengan Yan Zhe-Dong Ping. Ini kerana beregu China itu menang dalam empat pertemuan terakhir mereka.

Set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei kerap memerangkap Yan Zhe-Dong Ping dengan variasi pukulan. Ini membolehkan mereka mendahului pada kedudukan 11-8.

Juara Hong Kong Open itu kemudiannya mengikat kedudukan 19-19. Selepas beberapa kali terikat pada kedudukan deuce, Yan Zhe-Dong Ping menang dengan keputusan 24-22.

Set kedua menyaksikan pada awalnya, juara Malaysia Masters itu mendahului pada kedudukan 11-8. Tang Jie-Ee Wei berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 15-15.

Beregu nombor tiga dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengungguli set kedua dengan keputusan 21-19. Ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan Tang Jie-Ee Wei kembali mempamerkan permainan mantap dengan mendahului pada kedudukan 11-7.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Yan Zhe-Dong Ping membolehkan beregu negara meraih kemenangan set ketiga dengan keputusan 21-17.

Tang Jie-Ee Wei akan bertemu beregu Thailand dan pilihan keempat kejohanan, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran di peringkat akhir.

Dechapol dan Supissara mara dengan menyingkirkan bekas beregu nombor satu dunia, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dalam satu lagi aksi separuh akhir.