Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih final kelima tahun 2025 apabila mara ke final China Open.
Kejayaan itu dicapai dengan menyingkirkan bekas beregu nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.
Aaron-Wooi Yik berharap dapat mara ke final buat kali keempat pada tahun 2025. Meskipun begitu, Rankireddy-Shetty berharap dapat menyekat kemaraan beregu nombor dua dunia itu.
Ini kerana Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu India itu di pentas separuh akhir Singapore Open. Rankireddy-Shetty terpaksa akur dengan keputusan 19-21, 21-10, 21-18.
Set pertama menyaksikan beregu India itu cuba memberi tentangan kepada Aaron-Wooi Yik. Walau bagaimanapun, beregu nombor satu Malaysia itu mendahului pada kedudukan 11-9.
Aaron-Wooi Yik terus mengekalkan penguasaan mantap di atas gelanggang sebelum menang dengan keputusan 21-13.
Set kedua menyaksikan Rankireddy-Shetty berusaha memberi tentangan dengan harapan dapat mengheret perlawanan ke set penentuan.
Malangnya, juara Thailand Open itu terus unggul mendahului pada kedudukan 11-6. Kelebihan itu terus dipertahankan Aaron-Wooi Yik sebelum menang dengan keputusan 21-17.
Beregu lelaki utama negara itu akan menentang wakil Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri di peringkat akhir.